Saturday, 24 November 2012

#14

Dilaman garaj, aku sendirian bertemankan caffien dan nicotine melepaskan pandangan dan keluhan di satu sudut yang mampu menenangkan jiwa. Aku terfikir sejenak. Indahnya dunia andai sipenipu itu masih bersamaku. Ahhh! sipenipu itu takkan ada dlm dunia aku, Dia dah pergi, pergi jauh dan melupakan aku.

Sipenipu dan helahnya
takkan terpisah

Aku sedut. aku hembuskan asap kesakitan dan kekecewaan. Peritnya ditinggalkan, Sakitnya dikecewakan dengan sipenipu.

celaka. 

"kemana kau pergi? kau tinggalkan aku bersama caffien dan nicotine ini bersendirian. Sampai hati kau ea penipu!" . 

Aku bangun lalu masuk kedalam bilik dan terbaring. Memejamkan mata untuk menenagkan jiwa yang serabut.

No comments:

Post a Comment