Friday, 15 March 2013

kepetangan ini

bermacam macam bunyian
ada yang bosan
ada yang mengasyikkan

berfikir mencari ilham
ilham yang hilang sementara
dan mungkin akan hilang selamanya

merasai nikmat angin
yang berlalu berterusan
di kepetangan ini

matahari petang
melabuh tirai
muncul lah malam
muncul lah bulan
munculnya bintang

kepetangan ini
menanti
mencari
yang takpasti
akan hadir bila lagi

berpuisi
di kepetangan ini
bersama cigar dibibir
membangkit semangat
berkobar kobar

realiti kehidupan
seorang penulis
puisi.

No comments:

Post a Comment